Tuesday, April 1, 2008

Desakan Abdullah undur permintaan peribadi Dr M

Ahli Umno diminta nilai kepemimpinan Perdana Menteri: Rahim

KUALA LUMPUR: Desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan berikutan kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu dilihat sebagai satu permintaan peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, berkata terpulang kepada ahli Umno untuk menilai keberkesanan kepemimpinan Abdullah sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, sama ada konsisten dan memenuhi hasrat mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) berkata, desakan Dr Mahathir supaya Perdana Menteri meletak jawatan itu adalah adalah permintaan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Umno.


"Sebagai pemerhati, saya fikir terpulang kepada pemimpin bawahan untuk menilai dan memberi pandangan masing-masing, tetapi untuk Umno untuk menukar kepemimpinan perlu melalui proses yang ditentukan Perlembagaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir supaya Abdullah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada majlis Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12: Satu Penilaian di sini, semalam.

Berucap pada forum itu, Dr Mahathir antara lain berkata, Mesyuarat Agung Khas (EGM) Umno, jika diadakan, perlu meminda Perlembagaan parti itu bagi memansuhkan sistem kuota pencalonan dan undi bonus bagi pemilihan yang akan berlangsung Disember ini.

No comments: